REN – Peneraju Kecairan Melalui Intergrasi RenVM

180

REN merupakan protokol sumber terbuka (open-source) yang dibangunkan untuk memberikan interoperabiliti dan kecairan di antara platform blockchain yang berbeza.

Token REN berfungsi sebagai ikatan bagi sesiapa sahaja dalam menjalankan nod yang memberi kuasa kepada RenVM yang mana dikenali sebagai Darknodes.

Ren diasaskan oleh Taiyang Zhang pada tahun 2017 yang pada mulanya dikenali sebagai Republic Protokol sebelum dilancarkan secara rasmi pada Januari 2018 dengan nama baharu iaitu REN.

Penumbuhan rangkaian REN ini juga bertujuan untuk memperluaskan lagi kebolehoperasian dengan aksesibiliti terhadap kewangan desentralisasi (DeFi) dengan menyelesaikan halangan yang berlaku dalam kecairan antara blockchain.

Perkembangan terbaru di mana Solana menyokong Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE) melalui integrasi bersama RenVM.

Meneliti kepada carta REN/USDT, pergerakan harga REN dilihat telah menyaksikan lonjakan melebihi 500% untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $1.84 pada 20 Februari lalu.

Namun lonjakan itu tidak berjaya dikekalkan apabila harga REN kembali menyusut dan pada 18 April, pergerakan harga membuat penurunan drastik sehingga 100% dalam tempoh 1 jam sebelum harga kembali melonjak semula.

Tetapi pergerakan harga REN terus didorong untuk menyusut sehingga ke paras sokongan $0.30-$0.40 yang juga merupakan paras pembukaan pasaran 2021.

Jangkaan seterusnya jika harga REN tidak memperolehi sentimen positif, harga REN dijangka bakal terus membuat penurunan yang lebih rendah dan mungkin bakal melepasi paras sokongan $0.30-$0.40.

Penurunan yang lebih rendah bakal menuju ke paras harga sekitar $0.20 dan penurunan tersebut juga bakal mencatatkan paras yang terendah bagi pasaran 2021.

Namun jika harga REN kembali membuat kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.60 bakal menjadi tumpuan utama para pelabur untuk diuji sebelum menantikan arah tuju seterusnya.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga REN terus menyusut melebihi 9% untuk diperdagangkan di paras harga $0.37.

Lihat gambar carta matawang kripto REN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat