‘Reversal Pattern’ di Weekly Chart Bitcoin, Adakah Ini Petanda Pemulihan Harga?

691

Bitcoin berjaya mencapai paras tertinggi melebihi $9,000 hujung minggu lalu tetapi masih belum cukup momentum meneruskan kenaikan setakat ini. Bitcoin sebelum ini mencapai paras tertinggi $20,000 pada 17 Disember 2017 iaitu paras tertinggi sejak Bitcoin didagangkan pada 2009.

Ia berjaya mencapai paras $9074.30 di bursa bitfinex yang berpangkalan di Hong Kong pada Sabtu sebelum jatuh semula di bawah paras $8000 pada Ahad. Bitcoin setakat pada pukul 8.20 malam didagangkan di sekitar $8680 di Bitfinex.

Adakah matawang-crypto ini telah mencapai paras terendah sebelum ini? Adakah ia akan meneruskan kenaikan selepas ini?

Matawang ini telah naik hampir 6.23% sepanjang 24 jam lepas seperti yang dapat dilihat dalam CoinMarketcap. Jika dilihat daripada pergerakan sebelum ini, Bitcoin telah mencapai paras terendah di bawah harga $6000. Sejak itu, ia membuat pemulihan sehingga melebihi 50% yang menunjukkan satu kenaikan yang agak banyak.

Bitcoin sebenarnya telah jatuh lebih dari 50% sejak mencapai paras harga $20,000. Kenaikan di atas paras $10,000 adalah lebih meyakinkan untuk ia meneruskan peningkatan di masa akan datang.

Jika dilihat dari segi analisis teknikal, weekly chart Bitcoin telah membentuk satu ‘reversal pattern‘. Pinbar yang terbentuk itu menjadi petunjuk bahawa terdapat potensi untuk Bitcoin membuat kenaikan beberapa minggu akan datang.

Bitcoin berkemungkinan akan cuba menguji paras harga $10,000 dalam jangka pendek jika dilihat kepada beberapa indikator chart yang lain. Namun, ia juga sukar untuk kekal berada di atas harga tersebut dengan asas-asas yang kurang kukuh setakat ini, kecuali terdapat berita yang positif khususnya dari segi regulasi.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat