Review Pergerakan Matawang YEN Sepanjang Minggu Ini (9-13 April)

553

Yen adalah matawang yang paling banyak merekodkan kerugian pada minggu ini. Yen dilihat jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan sentimen pasaran beransur pulih sejak minggu lalu. Jika tiada satu pergerakan kenaikan yang signifikan, Yen dijangka akan merekodkan kejatuhan kedua minggu berturut-turut.

Yen paling banyak jatuh berbanding CAD (CAD/JPY +212 pip) setakat pada pukul 8.25 malam. GBP/JPY pula naik sehingga 2.16%.

Ramai yang maklum Yen sensitif dengan perubahan sentimen pasaran sama ada daripada baik kepada buruk atau sebaliknya. Antara faktor yang mempengaruhi pergerakan Yen juga adalah hasil-bon Amerika Syarikat khususnya 10-yr Treasury.

Kelemahan Yen paling jelas adalah pada Selasa selepas ucapan Xi Jinping yang berikrar untuk mengurangkan tariff import termasuk produk automotif. Beliau juga berjanji untuk membuka ekonomi China lebih luas sebagai respon kepada kritikan Trump. Ucapan ini juga telah melonjakkan matawang komoditi seperti AUD, CAD dan NZD.

Secara keseluruhan kelemahan Yen adalah disebabkan sentimen pasaran yang pulih walaupun ada isu geopolitik (Syria) yang mengganggu pasaran pada Rabu. Namun, isu Syria semakin pulih apabila Trump memberikan komen yang bernada lembut terhadap serangan ke Syria pada Khamis.

Kesimpulannya, ucapan Xi Jinping pada Selasa, nada komen Trump yang lebih lembut terhadap Syria dan juga tumpuan pasaran terhadap laporan pendapatan syarikat pada suku pertama telah banyak menyokong pemulihan sentimen pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat