RHB Tingkatkan Saranan ‘Beli’ Untuk Duopharma Biotech

938

RHB Investment Bank Bhd meningkatkan saranan beli untuk saham Duopharma Biotech Bhd berikutan penilaian semasa yang rendah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, firma penyelidikan itu yakin dan percaya pada asas syarikat itu yang dilihat kukuh serta paras harga semasa yang menarik untuk pelabur.

Pada semalam, syarikat farmaseutikal itu menyatakan laporan bahawa keuntungan bersihnya mencatat peningkatan sebanyak RM15.39 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021.

Keuntungan bersih yang diperoleh juga dilihat sedikit tinggi berbanding RM14.73 juta yang dicapai pada tempoh masa yang sama tahun lalu.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, pemerolehan mencatat kenaikan kepada RM155.44 juta daripada RM143.33 juta pada sebelum ini.

Kadar pemerolehan yang melonjak 7% itu, terhasil daripada sokongan yang diperoleh atas permintaan kukuh bagi produk penjagaan kesihatan pengguna dalam persekitaran pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan tambah untuk saham itu dengan harga sasaran yang rendah sekitar RM3.16.

Sasaran itu juga diambil kira setelah menilai kepada prospek pendapatan jangka panjang daripada pembangunan terhadap keupayaan pembuatan vaksin.

Ini susulan pelaksanaan perjanjian pembekalan kerajaan seterusnya serba sedikit akan menjadi pemangkin kepada penarafan semula dalam tempoh yang terdekat serta pemberian kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) untuk vaksin Sputnik V Covid-19.

DCA pada baru-baru ini memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan kecemasan vaksin Sinopharm Covid-19 yang mana pendaftarannya akan dilaksanakan oleh Duapharma.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat