Ringgit Dibuka Mengukuh Hari Dagangan Terakhir 2018

832

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan terakhir 2018, yang di lonjak oleh pengukuhan pasaran saham yang disokong aktiviti memperelokkan akaun hujung tahun.

Pada 9.02 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1550 Jumaat lalu.

Peniaga berkata, permintaan terhadap nota tempatan meningkat berikutan pelabur antarabangsa yang berdagang di Bursa Malaysia menukarkan mata wang ke dalam ringgit, sekali gus meningkatkan prestasi unit tempatan.

Bagaimanapun, katanya pelabur mungkin masih menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar dan bekalan mata wang M3 bagi bulan November, yang akan dikeluarkan lewat hari ini, bagi mendapatkan petunjuk lanjut.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7531/7568 daripada 3.7597/7653 Jumaat dan meningkat berbanding euro kepada 4.7412/7459 daripada 4.7488/7550.

Bagaimanapun, ringgit menguncup berbanding pound kepada 5.2571/2613 daripada 5.2468/2548 dan mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.0336/0369 daripada 3.0336/0384. – BERNAMA

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat