Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Sejarah Berbanding Dolar Singapura

187

Dolar Singapura mencapai paras tertinggi berbanding Ringgit dalam sesi dagangan Selasa pada harga (SGD/MYR = 3.1776), di mana RM3.17 bersamaan dengan 1 Dolar Singapura, dan ada penganalisis percaya Ringgit boleh melemah lagi sehingga RM3.30 bagi setiap Dolar Singapura.

Kenaikan nilai Dolar SIngapura berbanding Ringgit kini lebih dari 2 peratus sejak permulaan tahun ini apabila kadar tukaran pada masa itu hanya berada di sekitar RM3.10 bagi setiap Dolar Singapura.

Kata penganalisis di World First, Jeremy Cook, “Pergerakan pada Selasa itu adalah hasil daripada penguatan Dolar Singapura di mana Ringgit pula masih lemah.”

“Dolar Singapura kembali menguat berikutan kelemahan US dolar hasil dari faktor geopolitik di US yang mana retorik Presiden Trump tidak seperti apa yang dijanjikan semasa pilihanraya dahulu”, Kata Cook kepada The Strait Times.

Kata Cook lagi, “Dalam masa yang sama Bank Negara Malaysia juga dilihat tidak dapat mempertahankan Ringgit dengan rizab matawang asing yang lemah. Ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berminat untuk kembali melabur dalam Ringgit”.

Sebelum ini Bank Negara melaporkan Rizab asing Bank Negara Malaysia berada di paras USD95.0 Billion (RM 426.2 billion) pada tempoh berakhir 15 Februari berbanding US$98.3 bilion (bersamaan RM407.839 bilion) yang dilaporkan 15 Nov, 2016 lepas.

Ringgit dijangka tidak akan menguat semula berbanding US dolar tahun ini, kata penganalisis di IG Market Pan Jingyi, beliau mengatakan: “Dengan Federal Reserve yang akan menaikkan dua atau tiga kali kadar tahun ini dan jangkaan positif pertumbuhan ekonomi US, US dolar akan menguat selagi lagi tahun ini. Hal ini pula akan melemahkan Dolar Singapura dan semakin melemahkan Ringgit yang telah sedia lemah.”
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat