Ringgit Matawang Paling Kukuh Di Asia Pada Suku Pertama 2017 – Bloomberg

448

Bloomberg melaporkan aset pelaburan di Malaysia kembali menjadi pilihan dengan pelabur melihat isyarat ekonomi yang semakin baik kini mengukuhkan ekonomi berbanding kesan buruk yang dibawa oleh skandal 1MDB.

Serangan politik yang disasarkan kepada pegawai tertinggi syarikat tersebut dilihat tidak banyak memberi kesan kepada reputasi kerajaan dan dijangka akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal.

Ringgit kini adalah matawang paling kukuh di Asia berbanding US dolar pada suku pertama 2017. Pelabur-pelabur asing telah membeli jumlah saham terbesar dalam pasaran ekuiti sejak 2013 dan tidak lupa juga pasaran bon yang melonjak pada April dan Mei.

Ekonomi Malaysia dilihat tidak banyak terkesan oleh sentimen penyiasatan 1MDB dan terus merekod peningkatan eksport yang bertumbuh sebanyak 5.6% pada suku pertama, tertinggi sejak awal 2015.

Sumber: Bloomberg

“Dengan pembangunan makroekonomi di Malaysia, kami lebih positif pada pertengahan 2017 terhadap ekonomi Malaysia, walaupun kebimbangan terhadap risiko politik,” kata Hakan Aksoy pengurus dana di Pioneer Investment Management Ltd.

“Selagi kita melihat peningkatan dalam data-data dan sokongan oleh keadaan global dan harga tenaga yang stabil, kami tetap berpandangan positif terhadap Malaysia,” kata syarikat pelaburan yang berpangkalan di London itu.

Pelabur asing telah membeli $2.38 billion saham dalam pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, kemasukan aliran modal terbesar di Asia Tenggara. Baru-baru ini pada 16 Jun, indeks bursa Malaysia mencapai paras tertinggi sejak dua tahun lalu yang disokong oleh sektor teknologi, perbankan dan pembinaan.

Sumber: Bloomberg

Samsung Asset Management dilaporkan membeli saham perbankan di Malaysia, hartanah dan pembinaan dengan ramalan kerajaan Malaysia akan membelanjakan sejumlah dana bagi tujuan pembangunan infrastruktur sebelum pilihanraya, menurut Alan Richardson, pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong.

Pasaran saham merekod keuntungan dengan Ringgit melonjak dari paras terendah 19-tahun lalu. Selepas mengukuh agak lambat berbanding negara-negara di Asia Tenggara, Ringgit melonjak apabila Bank Negara memperkenalkan langkah baru mengukuhkan pasaran kewangan domestik.

Pelabur-pelabur bon juga kembali semula dengan pasaran bon Malaysia telah membawa masuk $3.7 billion dalam tempoh April dan Mei. Kini hasil-bon 10-tahun jatuh 57 mata asas kepada 3.89% selepas mencapai paras tertinggi lapan tahun lalu pada November 2016.

Sumber: Bloomberg

Masih, tidak semua orang yakin dengan perkara ini. Nomura Holdings mengatakan nilai saham di Malaysia adalah mahal dan meragui momentum pertumbuhan ini akan kekal.

– Bloomberg

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat