Risiko Meningkat – World Economic Forum (WEF) Davos 2021 Terpaksa Ditangguhkan!

181

World Economic Forum (WEF) di Davos yang merupakan sebuah platform mengumpulkan para pemimpin, usahawan, pemikiran korporat, aktivitis dan lain-lain bagi membincangkan mengenai isu-isu berkaitan pembangunan globalisasi bagi kepentingan semua penduduk dunia.

Sudah 50 tahun, pada setiap bulan Januari, semua pihak akan berkumpul di Davos, Swiss bagi membincangkan isu-isu berbangkit. Ia bukan merupakan forum yang biasa namun memiliki visi tersendiri bagi memperbaiki keadaan ekonomi dunia. Hasil perbincangan akan diteliti kembali dan membawa kepada langkah-langkah proaktif jika ia dapat menatijahkan hasil yang lebih baik.

Berdasarkan laporan yang dikeluar hari ini, WEF atau Forum Ekonomi Dunia mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk menangguhkan perjumpaan tahun yang akan datang di Davos, Switzerland berikutan penularan wabak Covid-19.

Pertemuan tahunan pada awalnya dijadualkan pada Januari 2012 dan kini ia dianjakkan kepada satu tarikh yang belum pasti namun dijangka pada awal musim panas tahun hadapan.

Menurut Adrian Monck, pengarah urusan komunikas awam WEF, perkara ini bukan satu keputusan yang mudah kerana terdapat keperluan yang mendesak untuk para pemimpin global untuk berbincang bersama-sama dalam menemukan solusi dan rancangan tentang era pasca Covid-19.

Walaubagaimanapun, demi kebaikan dan atas nasihat para pakar, perjumpaan ini akan ditangguhkan ke waktu yang lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat