Risiko Politik US Dan Pemecatan Trump, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

61

Matawang US dolar kini terus berada di bawah tekanan sejak Selasa dengan indeks US dolar kini berada di bawah paras 98.00. Hal ini disebabkan tidak lain tidak bukan oleh Trump dan lebih tepat lagi risiko politik yang disebabkan oleh beliau.

Ketika ini pasaran sedang memerhatikan respon dari Presiden Trump sama ada beliau mampu berhadapan dengan krisis ini atau pun beliau memberi respon yang tidak meyakinkan pasaran. Ini adalah penting untuk melihat arah pasaran dan situasi yang semakin tegang akan memberi risiko kepada kejatuhan US dolar secara berterusan.

Eur/Usd telah naik ke paras tertinggi enam bulan lalu di sekitar 1.1150 dan telah pun mencapai 1.1180 dengan Usd/Jpy kini mendekati paras 110.00. US dolar juga telah kehilangan semua kenaikan sejak pilihanraya US November 2016.

Sentimen politik US menjadi buruk apabila Presiden Trump memecat Pengarah FBI Comey di tambah dengan laporan bahawa beliau berkongsi maklumat rahsia dengan Rusia.

Ketegangan semakin memuncak pada Selasa apabila terdapat laporan bahawa Presiden Trump pernah menggesa Comey untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan US Michael Flynn.

Setakat ini, belum ada ketegangan yang memuncak dan krisis dalam pentadbiran White House. Namun, perkara ini dilihat akan mengganggu dari segi proses penggubalan polisi Trump.

Dari segi ekonomi pula, apa yang paling penting sekarang adalah agenda perubahan fiskal dan percukaian yang akan terganggu berikutan hubungan yang semakin tegang dengan Kongres. Walaupun ramai ahli Kongres yang akan menyokong pemotongan cukai ia akan menjadi sukar bagi mereka menyokong polisi Trump.

Jika kredibiliti Trump semakin tercalar, ahli-ahli dari Republikan juga akan menjarakkan diri mereka dari pentadbiran dan Trump berpotensi khilang sokongan dari ahli-ahli partinya sendiri. Terdapat juga spekulasi bahawa Trump tidak akan berkhidmat sehingga empat tahun dalam suasana yang semakin tegang ini.

Apa yang menjadi kebimbangan pasaran ketika ini ialah risiko perubahan cukai akan ditangguhkan. Ini lah yang menyebabkan US dolar menjunam sejak Selasa dan menyokong aset safe-haven yang lain seperti emas, Yen, Chf, dan bon.

Jadi apa yang menjadi fokus pasaran ketika ini ialah bagaimana Trump merespon kepada hal ini. Adakah Trump akan memberi respon yang meyakinkan? seterusnya menyokong semula US dolar atau sekurang-kurangnya memulih dari kejatuhan ini.

Jika pihak pentadbiran US sendiri gagal menyokong Trump dan parti Republikan itu sendiri, keyakinan akan semakin goyah terhadap beliau dan meningkatkan risiko pemecatan. Perkembangan seperti ini sudah tentu akan memburukkan lagi prestasi di Wallstreet dan menyebabkan aliran modal keluar dari US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat