Rizab Antarabangsa BNM Pulih $111.8 Bilion

460

Setakat 14 Julai, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan meningkat kepada $111.8 bilion berbanding $111.4 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun.

BNM dalam kenyataan terbarunya berkata bahawa kedudukan rizab semasa cukup untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Antara komponen utama dalam rizab antarabangsa termasuk mata wang asing yang berjumlah $99.2 bilion, manakala kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) $1.4 bilion, hak pengeluaran khas (SDR) $55.7 bilion, emas bernilai $2.4 bilion dan aset rizab lain sebanyak $3.1 bilion.

Jumlah aset pula berjumlah RM623.19 bilion yang merangkumi rizab emas dan pertukaran asing bersama rizab lain termasuk SDR berjumlah RM524.02 bilion, kertas kerajaan Malaysia RM12.58 bilion, pinjaman pendahuluan RM23.63 bilion, tanah dan bangunan RM4.14 bilion dan aset lain RM58.80 bilion.

Tambah BNM lagi, modal dan liabiliti termasuk modal berbayar RM100 juta, rizab RM184.34 bilion, mata wang dalam edaran RM160.22 bilion, deposit kerajaan persekutuan RM10 bilion, deposit lain RM37.84 bilion, kertas BNM RM26.91 bilion, peruntukan SDR RM29.95 dan liabiliti lain RM4.52 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat