RM22.5 Billion Rumah Tidak Terjual di Seluruh Negara

774

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaporkan sejumlah RM22.5 billion rumah tidak terjual di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 73% adalah kategori rumah mampu milik yang berharga RM250,000 ke bawah, menurut menteri Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata kerajaan telah membincangkan perkara ini bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan pihak pemaju untuk menganjurkan satu ekspo pemilikan rumah seperti yang dilaksanakan pada 1998-1999 bagi menjual rumah-rumah yang tidak terjual itu, katanya di Dewan Rakyat.

Selain itu, kementerian juga berbincang dengan Bank Negara Malaysia untuk membantu menyediakan skim pembiayaan rumah yang membolehkan syarat kelulusan pinjaman rumah dilonggarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat