Rundingan Brexit Sah Beralih Ke Fasa Kedua, GBP/USD Menjunam

74

Matawang GBP melemah selepas membuat kenaikan pada Khamis sehingga sesi Eropah pada Jumaat. Dalam masa yang sama US dolar membuat penurunan disebabkan ketidaktentuan reformasi cukai yang kini dalam proses mendapat kesepakatan bersama antara House dan Senat Amerika Syarikat.

Sterling melemah walaupun rundingan Brexit kini akan beralih ke fasa kedua pada Januari 2018. Hal ini dinyatakan sendiri oleh beberapa pegawai Kesatuan Eropah pada Jumaat.

Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk membawa rundingan Brexit ke fasa seterusnya, tetapi ada beberapa ketidaktentuan dalam isu perdagangan di mana Austria memberi amaran isu sempadan Ireland masih menjadi persoalan.

Dengan berita positif ini di mana EU mengesahkan kemajuan dari segi rundingan, Sterling tetap gagal mengaut keuntungan.

“Ia seperti situasi ‘buy the rumour sell the fact’ terhadap Sterling,” kata John Marley ketua strategi FX di Infinity International.

Pasangan matawang GBP/USD membuat penurunan sehingga 80 pip selepas mencapai paras tertinggi Jumaat di 1.3446.

Penetapan polisi monetari Bank of England (BoE) pada Khamis tidak banyak membantu pengukuhan GBP. Bank pusat mengulangi pendirian bahawa sebarang kenaikan kadar faedah adalah secara beransur-ansur dan terhad.

Walaupun dengan sentimen yang tidak berapa baik kepada US dolar, GBP/USD membuat penurunan sejak emapt jam lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat