Rupanya 2 Faktor Ini Mengundang Prestasi Terbaik Algorand (ALGO)

359

Tidak dinafikan, Algorand (ALGO) benar-benar meroket laju memaparkan peningkatan harga sejak kebelakangan ini walaupun ini belum menyentuh lagi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 2019,

Ketika penulisan, ALGO didagangkan pada $2.15 dengan lonjakan hampir 10% dalam 24 jam. Pada semalam sahaja, aset ini mencatatkan pecutan sehingga 268% ke paras tertinggi harian, $2.5 dan merekodkan jumlah dagangan 24 jam sebanyak $4.83 bilion.

Algorand tidak teragak-agak mempamerkan rekodnya tersendiri dengan beberapa faktor berikut;

El Salvador Pilih Algorand

  1. El Salvador memilih blockchain Algorand untuk membantunya membangunkan infrastrukturblockchainnya yang tersendiri.
  2. Ini membuka minat dalam kalangan pihak kerajaan dan institusi besar kerana peranannya terhadap matawang bank pusat (CBDC).
  3. Algorand juga turut akan menyokong stablecoins yang popular: USD Coin (USDC) dan Tether (USDT)

Perkembangan Sektor NFT dan DeFi

  1. Algorand Foundation dalam perancangan untuk melancarkan ciri pentabdiran untuk pemilik token yang dijangka akan bersiaran pada 1 Oktober.
  2. Ini memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan perkembangan platform pada masa akan datang.
  3. Barisan pembangun projek juga sedang berusaha untuk membangunkan aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible token(NFT), sekaligus ini akan menarik lebih ramai pelabur menyertai ekosistem mereka.

Berdasarkan rekod semasa ALGO, aset ini memiliki lebih 38% sebelum mencapai rekod ATH terdahulu dan meneruskan lonjakan pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat