Saham Asia Didagang Rendah Berikutan Peluru Berpandu Disasarkan Ke Perairan Jepun

53

Saham dagangan hadapan US dan pasaran saham Asia jatuh pada Selasa, di mana Yen melonjak ke paras tertinggi empat bulan lalu berbanding US dolar selepas Korea Utara melepaskan peluru berpandu ke Utara Jepun. Hal ini menyebabkan aliran modal ke instriumen safe-haven disebabkan kerisauan terhadap ketegangan antara US- Korea Utara.

Pasaran hadapan Eropah juga dijangka jatuh dalam pembukaan pasaran 3 petang ini. Nikkei 225 susut 0.90% pada mulanya dan pulih dari kejatuhan tersebut dan ditutup dengan -0.51%. Kospi di Korea Selatan pula ditutup lebih rendah sebanyak 0.23%

“Semua sektor jatuh yang jelas menunjukkan ia disebabkan oleh risiko Korea Utara,” kata Cho Byung-hyun penganalisis saham di Yuanta Securities, Seoul.

Korea Utara melepaskan peluru berpandu pada awal Selasa yang terbang melepasi Jepun ke Pasifik yang berjarak kira-kira 1,180 km dari utara Hokkaido.

“Kali ini peluru berpandu terbang melepasi jepun, jadi implikasinya mungkin adalah berlainan daripada yang sebelum ini,” kata Hirokazu Kabeya ketua strategist di Daiwa Securities.

Yen naik 0.8% pada Selasa, di mana matawang ini sering mendapat permintaan ketika berlakunya risiko geopolitik. Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai dana pelaburan yang besar dan juga pemberi pinjaman terbesar dan terdapat andaian bahawa pelabur Jepun akan membawa balik dana-dana mereka ke Jepun jika berlakunya krisis.

“Pasaran kewangan ketika ini merasakan pilihan realistik kepada US dan Korea Utara adalah berunding kerana pilihan yang lain adalah sangat berisiko kepada pihak yang terlibat,” kata Masayoshi Kichikawa.

Hal ini bukan sahaja menyebabkan kejatuhan dalam indeks saham utama Asia, tetapi juga memberi kesan negatif kepada indeks saham di Asia Tenggara.

Di Malaysia, KLCI susut 0.56% setakat pukul 3 petang, dengan Indinesia IDX Komposit susut 0.45%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat