Saham FGV Jatuh 70% Sejak Mula Dibuka di Bursa Malaysia Pada Tahun 2012

719

 

Sebulan yang lalu Felda Global Venture (FGV) telah mengumumkan kumpulan itu yang mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM98.19 juta bagi tempoh tahun kewangan 2016 sehingga 30 September. FGV masih mengalami kerugian walaupun pendapatan syarikat ini telah meningkat 6% kepada RM12.09 billion berbanding tahun lepas.

Peningkatan kerugian ini adalah disebabkan penyusutan pengeluaran minyak sawit mentah, kos gula mentah yang meningkat dan pendapatan yang merosot daripada perniagaan hiliran FGV.

Untuk pengetahuan pembaca FGV merupakan syarikat ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan ladang. Di Malaysia sahaja ia mempunyai lebih 800,000 hektar tanah.

Initial Public Offering (IPO) FGV juga merupakan yang kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 selepas Facebook yang berjumlah RM9.93 bilion. Saham FGV mula didagangkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun tahun sama.

Saham FGV dibuka pada hari pertama 28 Jun 2012 di paras RM5.39 dalam dagangan yang begitu volatile (turun-naik) seperti dalam gambar di bawah. Hari kedua  saham ini dibuka menunjukkan peningkatan berterusan selama empat hari berturut-turut dan sejak itu tren saham FGV ini menurun sehinggalah hari ini.

Saham FGV time-frame Daily
Saham FGV time-frame Weekly
Saham FGV time-frame 1 jam

 

Walaubagaimanapun, KWSP (Kumpulan wang simpanan pekerja) hari ini menyatakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai pegangan saham dalam syarikat ini.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.

Tindakan dari KWSP ini dilihat satu usaha untuk mengurangkan ‘exposure‘ dalam pelaburan mereka.

Berikutan pengumuman oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah menjual keseluruhan pegangan saham dalam FGV telah menyebabkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) susut lagi 4.97 peratus sehinggalah semasa artikel ini ditulis saham berada pada nilai RM1.55 seunit berbanding harga tertinggi pernah dicapai iaitu RM5.55.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat