Saham Global ‘Berdarah’ Lagi, Sekatan Perjalanan Dari Eropah Bantutkan Aktiviti Ekonomi Dunia?

585

Pasaran saham global didagangkan negatif selepas Presiden AS Donald Trump mengejutkan pelabur dengan mengumumkan larangan perjalanan sementara dari Eropah sebagai sebahagian usaha beliau untuk memerangi penularan coronavirus.

Walau bagaimanapun, pengumuman ini tidak mencukupi untuk pelabur yang menjangkakan tindak balas fiskal yang lebih mantap daripada Trump bagi mengekang risiko kelembapan ekonomi.

Niaga hadapan Dow Jones mencatat penurunan lebih 1,000 mata selepas ditutup rendah 5.8% pada sesi New York yang menyebabkannya jatuh ke ‘bear market’ buat pertama kali dalam tempoh lebih satu dekad.

‘Bear market’ ditakrifkan sebagai penurunan sebanyak 20% daripada paras ketinggian terbaru.

Sementara itu, niaga hadapan bagi saham S&P 500 pula jatuh 4.4% manakala Nasdaq-100 mencatat penyusutan 4.5%.

Indeks saham AS pada sesi New York kebanyakannya masih meneruskan aliran penurunan yang menyaksikan ketiga-tiga pengukur ekuiti utama AS menyentuh kawasan ‘bear market’, lebih-lebih lagi selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik.

Dengan sekatan perjalan yang diumumkan, ia juga menandakan aktiviti ekonomi akan menjadi perlahan, sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan pasaran bahawa ia boleh mengganggu rantaian bekalan global dan mendorong ekonomi dunia ke arah kemelesetan.

Turut menerima tempias daripada ucapan Trump adalah pasaran ekuiti Eropah, di mana niaga hadapan Euro Stoxx 50 mencatat penurunan sebanyak 5.8% menyebabkannya jatuh ke paras terendah sejak pertengahan 2016.

Di pasaran Asia, indeks MSCI Asia Pasifik di luar Jepun menyusut 4.1% manakala Nikkei Jepun pula turun 5.3%. Penanda aras Australia pula merosot sebanyak 7.4%, sementara indeks Kospi Korea Selatan, jatuh 4.6% ke paras terendah 4 setengah tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat