Saham Grab Merosot Pada Debut Di Nasdaq Namun Tetap Bangga

890

Walaupun jatuh, tetap membanggakan sebab berjaya buat debut.

Saham Grab menyusut lebih daripada 20% pada debutnya di Nasdaq pada Khamis berikutan rekod penggabungan syarikat bernilai US$40 bilion dengan syarikat cek kosong.

Saham Grab pada mulanya naik sebanyak 21% selepas penyenaraian kemudiannya berundur untuk didagangkan rendah 23% pada US8.51 menjelang 1834 GMT.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Anthony Tan tidak melatah, dengan menyatakan harga tersebut tidak memberi sebarang perbezaan dan beliau akan meraikan kejayaan tersebut sebelum kembali bekerja semula pada keesokannya.

Penyenaraian pintu belakang di Nasdaq tersebut menandakan titik tertinggi bagi syarikat yang berpangkalan di Singapura itu selepas 9 tahun beroperasi sebagai aplikasi pengangkutan sehingga kini dan beroperasi di 400 bandar di 8 buah negara dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan, pembayaran, insurans dan produk pelaburan.

Grab telah memulakan penyenaraian di Amerika Syarikat (AS) terbesar oleh syarikat Asia Tenggara dengan acara bunyi loceng di Singapura yang dihoskan oleh eksekutif Nasdaq dan Grab. Acara tersebut dihadiri oleh lebih 250 orang termasuk pelabur, pemandu, peniaga dan pekerjanya dengan ramai yang berpakaian hijau seperti warna rasmi syarikat.

Tepukan tangan gemuruh bergema di dewan hotel ketika Tan yang penuh emosi mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana meletakkan Grab dan ekonomi teknologi Asia Tenggara pada peta dunia.

Penyenaraian tersebut dibuat selepas persetujuan Grab pada April untuk bergabung dengan pelabur teknologi AS Altimeter Capital Management SPAC, Altimer Growth Corp dan mengumpul US$4.5 bilion termasuk US$750 juta daripada Altimeter.

Dalam pada itu, para pemegang saham Grab telah mendapat hasil bonus atas kesetiaan mereka bersama dengan Grab.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat