Saham MyEG Jatuh Selepas Dikaitkan Dengan Kes Rasuah Zahid Hamidi

829

MyEG dan Datasonic berhadapan dengan penjualan besar-besaran pada lewat dagangan pagi tadi di Bursa Malaysia berikutan berita yang tersebar melibatkan kedua-dua syarikat itu dengan pendakwaan kes rasuah terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi.

Selepas tersebarnya berita tersebut, kedua-dua kaunter mencapai had harian terendah sebelum merekodkan sedikit kenaikan. Sebelum pasaran berehat tengah hari tadi, MyEG jatuh 37 sen atau 25% pada harga RM1.13.

Datasonic pula jatuh 25.5 sen atau 37% kepada 44 sen setiap unit saham.

Menurut laporan Malaysiakini, kedua-dua syarikat dinamakan dalam dua kes berlainan yang mana Presiden UMNO itu telah menerima pembayaran untuk penganugerahan projek.

Zahid didakwa menerima sejumlah RM13.25 juta untuk membantu MyEG mendapatkan projek.

Beliau juga didakwa menerima wang berjumlah RM6 juta daripada pengarah urusan Datasonic Chew Ben Ben. Untuk pengetahuan anda Datasonic adalah penerima kontrak pembekalan cip passport dan juga biodata polikarbonat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari Jumaat, Datasonic menyangkal dakwaan telah mengeluarkan bayaran kepada Zahid berkaitan dengan pembekalan 12.5 juta cip passport Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat