Saham Teknologi Kehilangan Momentum, Saham Asia Dan Malaysia Dibuka Rendah

145

Saham Global

Wall Street ditutup rendah berikutan saham teknologi kehilangan momentum, manakala keghairahan berhubung pemotongan cukai mula reda.

Index Dow Jones industrial average mencatat penutupan pada paras rendah dengan kejatuhan 109.41 mata kepada 24,180.64.

Sementara itu, Indeks S&P 500 jatuh 9.87 mata kepada 2,629.57. Indeks Nasdaq Composite pula susut 13.15 mata, kepada 6,762.21.

Manakala di pasaran Asia, sebahagian besar bursa Asia masih lemah pada Rabu (6/12) pukul 8.22. Indeks Nikkei jatuh 0.51% kepada 22.507. Indeks Hang Seng menguat tipis 0.03% ke 28.850.

Indeks Taiex melemah 0.49% kepada 10.515. Sedangkan saham Kospi jatuh 0.15% kepada 1.506. ASX 200 naik 0.22% kepada 5.958.

Saham-saham China juga dibuka lemah pada Rabu, dengan indeks komposit Shanghai merosot 0.37% kepada 3.291,31 mata.

Pasaran kini memberi tumpuan pada kemajuan reformasi cukai US dan indikasi kenaikan kadar faedah.

Saham Lokal

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada pagi ini berikutan saham Wall Street yang lemah.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.94 mata pada 1,720.9 daripada 1,724.84 penutupan Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat