Saham Wallstreet Melonjak Semula dan Ini yang Sebenarnya Berlaku

641

Saham-saham melonjak pada Khamis dengan Wallstreet pulih daripada kejatuhan besar pada Rabu di mana ketiga-tiga indeks utama merekodkan kejatuhan lebih dari satu peratus.

Indeks Dow Jones naik 1.63% kepada 24,984.55 mata, S&P500 pula naik 1.9% kepada 2,705.57 mata berikutan peningkatan dalam sektor pengguna dan teknologi. Nasdaq komposit naik sebanyak 2.95% kepada 7,318.34 mata berikutan lonjakan Amazon sebanyak 7.1%.

Kaunter berprofail tinggi Facebook dan Netflix turut membuat kenaikan dan menyokong pemulihan Nasdaq pada Khamis.

“Apa yang berlaku semalam adalah pasaran mengalami oversold,” demikian kata Tom Essaye, penganalisis pasaran.

Seperti yang kita tahu pada Rabu, Dow Jones jatuh sehingga 608 mata, memadam kesemua kenaikan yang dicatatkan tahun ini. S&P500 susut 3.1% dan Nasdaq merudum 4.4%.

“Dari segi teknikal, ia semakin bearish pada bulan ini,” kata Ed Yardeni presiden dan ketua strategist pelaburan di Yardeni Research. “Peratusan syarikat S&P500 yang didagangkan di atas daily moving average-200 telah jatuh sebanyak 37%.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan pasaran pada bulan ini – termasuklah pengumuman pendapatan syarikat yang mengecewakan, kebimbangan terhadap pengetatan dasar monetari, konflik antara Itali dan Kesatuan Eropah, kritikan terhadap Arab Saudi dan kebimbangan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi.

“Pembetulan harga (correction) seperti ini adalah sihat kepada pasaran,” kata Amanda Agati, ketua strategist pelaburan di PNC Financial Services. “Apa yang mengejutkan adalah ke mana ia disalahkan.”

Sebelum ini Presiden Trump menyalahkan Federal Reserve sebagai sebab kepada kejatuhan pasaran saham kerana kenaikan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini.

Trump berkata, “saya tidak begitu gembira kerana Obama miliki kadar faedah sifar. Setiap kali kami buat perkara yang hebat, [Jerome Powell] menaikkan kadar faedah. Dia seperti gembira menaikkannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat