Saksikan Apa Yang Trump Telah Lakukan Kepada Pasaran Global Hanya Selepas Sebulan Dilantik!

45

Sejak pilihanraya presiden AS yang lalu, kemenangan Donald Trump telah banyak mengubah lanskap pasaran global kepada tahap yang telah hampir dua dekad ditinggalkan. Menurut Divya Devesh, ahli strategi pertukaran wang asing di Standard Chartered Plc Singapura, Trump sama sekali telah merubah wajah ekonomi, terutamanya ekonomi yang abru dan sedang membangun.

Pasaran yang pesat membangun, contohnya Malaysia agak terkesan dalam era pemerintahan Trump. Ringgit Malaysia menjunam pada hari Selasa kepada paras kurang daripada 1 peratus daripada tahap paling lemah sejak krisis kewangan Asia yang berlaku pada penghujung tahun 1990-an.

ringgit-98
Sumber : Bloomberg

Hal ini sedikit berbeza dengan pasaran ekuiti di Malaysia apabila pelabur menjual hampir 1.1 Billion Ringgit daripada saham mereka pada Jumaat, menjadikan ia penjualan mingguan terbesar sejak Jun.

Dalam masa yang sama, 4 index utama dunia seperti S&P 500, Dow Jones Industrial Average, Nasdaq Composite Index dan Russell 2000 Index melonjak kepada puncak tertinggi minggu ini. Peningkatan ini turut menyumbang kepada pengukuhan nilai komoditi yang telah berlaku buat kali yang pertama sejak 1999.

Bukan itu sahaja, malahan matawang US Dollar juga teleh mencatatkan kenaikan untuk 10 hari berturut-turut berbanding Euro, sejak matawang pertama zon euro diperkenalkan buat kali yang pertama semenjak tahun 1999 dulu.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

Kata devesh lagi, perbelanjaan fiskal dibawah rancangan Trump akan merangsang pemulihan semula dan menyokong pertumbuhan AS. Perkara ini juga akan menghantar nilai matawang, kadar dan ekuiti kepada paras yang tertinggi.

Sementara itu, kadar hasil bon global juga melonjak dalam era permulaan pemerintahan Trump kepada kadar yang lebih cepat dari tahun 1994 lagi. Hal ini juga terus menyokong potensi kenaikan kadar oleh Fed bagi mengekang inflasi.

Pun begitu, matawang Asia akan kekal sebagai yang paling terdedah dengan risiko tekanan berikutan kekuatan ekonomi terbesar dunia itu.

Sentimen Terkini OPEC Menyebabkan Harga Minyak Jatuh Hari Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat