Sandbox (SAND) Tawar Keuntungan Lumayan Catat ATH Terbaru!

480

Sandbox, menawarkan keuntungan lumayan dalam dagangan matawang kripto ketika sektor gaming desentralisasi sedang semakin hangat.

Sesi dagangan bulan Ogos, Sandbox menyaksikan potensi yang cemerlang kerana berjaya menembusi paras rintangan harga $1.

Sandbox telah menghasilkan 118% lonjakan mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru pada $1.20.

Beberapa projek yang dilancarkan oleh Sandbox telah menarik perhatian pelabur, salah satunya adalah jualan tanah The Walking Dead.

Sebelum ini juga Sandbox pernah berkerjasama dengan Skybound Entertainment yang membawa The Walking Dead Comics.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga SAND/USDT.

SAND berjaya menembusi ATH sebelum ini pada sesi dagangan semalam dengan menghasilkan lebih 41% lonjakan.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan momentum bullish dan telah melepasi ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $1.00.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum bullish, paras resistance sekitar $1.15 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat ATH terbaru berturut-turut.

Manakala, jika pergerakan harga Sand kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS sekitar $1.00 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, SAND/USDT didagangkan pada harga sekitar $1.10 melonjak lebih 40% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto SAND/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat