Satu Lagi Gesaan Agar ECB Segera Menghentikan Program Pembelian Asset!

36

Ahli Lembaga Eksekutif, Sabine Lautenschlaeger mengadakan perbincangan secara umum pada Selasa agar ECB beransur-ansur menghentikan program pembelian asset.

Lautenschlaeger juga telah berkali-kali sebelum ini mengkritik dasar kewangan super-longgar yang digunapakai oleh kebanyakan bank pusat sebelum ini. Beliau juga merupakan satu-satunya ahli lembaga yang mendesak agar ECB menghentikan program pembelian asset.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa telah wujud banyak tanda-tanda inflasi sedang berada pada paras yang stabil. Justeru, beliau yakin bahawa bank pusat berkenaan boleh memulakan perbincangan untuk keluar dari program pembelian bon secara besar-besaran yang telah dimulakan April lalu. Namun begitu, beliau memerlukan beberapa data positif lagi bagi menyokong pendapat berkenaan.

ECB pada bulan lepas juga telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah pembelian asset sebanyak satu perempat kerana mengakui prospek inflasi yang lebih kukuh.

Lautenschlaeger yang biasanya mengundi dalam golongan minoriti berkata, ECB tidak perlu menunggu terlalu lama kerana bimbang inflasi boleh mengubah hala tuju hanya dengan sekelip mata.

Selain berjuang dalam tempoh deflasi selama bertahun-tahun, ECB kini berhadapan dengan peningkatan kos tenaga yang juga memberi tekanan kepada harga barangan lain.

Dasar kewangan yang longgar diibaratkan Lautenschlaeger sebagai ubat. Jika diambil dengan kadar yang berlebihan, ia mungkin mendatangkan kesan sampingan.

Forex Trading ialah Asset, Bukan Liabiliti. 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat