Satu Lagi Kenaikan Tertinggi Stok Minyak Amerika, Harga Minyak Di Bawah Tekanan

77

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 9.5 juta tong pada minggu berakhir 10 Februari.

Jumlah inventori berada 8.4% melebihi stok tahun lalu di paras 518.1 juta.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) juga merekodkan penambahan stok yang tinggi iaitu 9.94 juta tong pada minggu berakhir 10 Februari berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 14.23 juta tong.

Ketika ini, harga minyak WTI (West Texas Intermediate)  didagangkan di paras $53.54 setong berbanding paras tertinggi yang dicapai minggu ini pada Isnin di $54.35.

Manakala minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $56.00 jatuh dari paras tertinggi yang direkodkan minggu ini pada harga $56.96 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat