Satu Lagi Pendatang Baru Bursa Yang Berjaya Catat Pembukaan Cemerlang

231

‘Makin banyak muka baru muncul, tinggal pilih je mana yang berkenan di hati.’

Syarikat sekuriti siber, LGMS Bhd mengikuti jejak langkah Yew Lee Pacific Group semalam untuk membuat kemunculan pertama (debut) cemerlang di bursa hari ini.

LGMS Bhd yang didagangkan dalam Ace Market Bursa Malaysia pada 9 pagi tadi dibuka pada harga tawaran awam permulaan (IPO) 50 sen.

Ketika sesi pagi, saham LGMS juga meningkat premium 20% pada 62 sen untuk menjadi kaunter paling aktif didagangkan dengan 128.49 juta saham bertukar tangan.

Menerusi kenyataan syarikat, mereka merancang untuk mengumpul dana sebanyak RM45.7 juta daripada IPO tersebut yang 80% daripadanya akan digunakan untuk pertumbuhan perniagaan.

Ia juga termasuk pembelian pejabat baharu, pengembangan tenaga kerja, perbelanjaan modal serta menampung perbelanjaan strategiknya untuk berkembang ke pasaran Singapura, Vietnam dan Kemboja.

Baki RM7.5 juta lagi akan diperuntukkan untuk modal kerja dan pembayaran penyenaraian.

Ulas Pengerusi Eksekutif, Fong Choong Fook, dengan persekitaran dinamik berlatar belakangkan ekonomi digital maka permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan digital juga meningkat.

Hal ini kerana ancaman siber akan terus berkembang seiring kemjuan yang dicapai, seterusnya ia akan mendorong syarikat untuk kekal berdaya saing dan menyediakan perkhidmatan terbaik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat