Saya Interview Wakil Broker, Dia Beritahu Banyak Sebab Kenapa Anda Perlu Bersama Brokernya

292

Kita sering dengar banyak nama forex broker. Mereka biasanya ada wakil-wakil di sini. Wakil-wakil mereka promote bagai menggila servis dan tawaran dari broker yang mereka wakili. Tetapi amat jarang wakil mereka ini pernah ke ibu pejabat broker di luar negara. Kadang-kadang bila kita tanya tentang bagaimana keadaan ibu pejabat broker diluar negara. Ramai wakil broker yang tak boleh jawab tentang broker yang mereka sendiri kerja. Kalau untuk broker-broker besar yang regulated dan well known kira kita anggap okay sahaja mungkin. Tetapi kalau untuk nama-nama yang agak meragukan, mungkin wakil-wakil mereka sendiri tidak tahu ibu pejabat forex broker mereka promote tu entah wujud atau tidak.

Ramai forex trader yang jarang mengambil berat tentang forex broker yang mereka gunakan. Macam saya pernah ceritakan sebelum ini, saya pernah ke luar negara semata-mata untuk melawat forex broker yang saya gunakan, kerana saya tahu dan perlu kenal lebih mendalam tentang forex broker yang digunakan servisnya.

Lain perihalnya dengan One Financial Markets atau broker yang dikenali di Malaysia sebagai OFM (singkatan nama). Salah satu sebab yang saya berbesar hati menggunakan servis daripada mereka adalah kerana mereka mempunyai wakil yang merupakan rakyat tempatan, tetapi bekerja terus di ibu pejabat mereka di London. Dengan status regulated FCA dari UK, tambah ada wakil orang kita yang boleh berbahasa kita, akan memudahkan urusan kita seharian dengan broker ini.

Masa mereka ke Malaysia dan menganjurkan seminar tempoh hari, saya mengambil peluang berjumpa wakil mereka iaitu Syarina Ismail. Ya lah, dah trade “besar-besar” dengan mereka, mesti kena jumpa dan buat Due Deligence. Sedikit soalan dan pertanyaan saya, saya tulis dalam bentuk ala-ala interview santai, agar dapat sedikit kongsikan lebih banyak tentang OFM dengan pembaca Blog MoshedFX.com

one-financial-markets-malaysia

Kepada yang buka akaun di Broker One Financial Markets, beliaulah yang selalu call anda dari London dan bertanyakan khabar. Beliau telah berada dalam industri forex selama 7 tahun dan bekerja bersama One Financial Markets dalam bahagian Business Development.

Soalan dan jawapan di bawah di tulis dalam gaya sedikit “skema” agar maksud sampai dan anda faham.

M : MoshedFX

S : Syarina Ismail (wakil broker OFM)

 

M: Sudah berapa lama anda tinggal di London ?

S : Saya memang anak Malaysia tetapi saya dibesarkan di Maida Vale, London dan sekarang saya berkerja dengan OFM.

 

M : Kenapa anda suka bekerja dengan OFM ?

S : Dalam bertahun-tahun pengalaman saya dalam industri ini cuba mengenali broker, boleh saya katakan inilah kali pertama saya bekerja di dalam pejabat yang sama dengan pejabat Dealing Desk. Ini adalah tanda pertama di mana broker ini adalah broker yang betul bagi saya kerana ia sememangnya telus dan jujur dalam mengendalikan platform mereka. Semua di sini sangat telus. Apabila kita ingin bekerjasama dengan orang, apa yang kita harapkan tentulah kejujuran dan ketelusan dengan kita dan juga ketelusan mereka mengendalikan pelanggan kita. Mereka tidak menambah komisen atau cas yang tersembunyi. Broker ini mempunyai tahap integriti yang tinggi dan sebab itulah saya berani meletakkan nama saya kepada mereka dan membina bisnes ini di Malaysia.

 

M : Apakah halangan utama yang anda lihat untuk menyebarkan kesedaran tentang pasaran dan dagangan forex?

S : Halangan utama adalah mentaliti dan persepsi kebanyakan trader. Pertama sekali ramai yang cuba mencari jalan pintas dengan mencari jalan untuk KAYA CEPAT dengan pasaran forex. Ini adalah kesalahan yang besar kerana pasaran forex adalah berisiko tinggi. Jika anda ingin mengambil peluang melalui volatiliti dalam pasaran forex, anda perlu lengkapkan diri anda dengan alatan yang kukuh. Tetapi pertama sekali anda perlu betul-betul faham dan mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang ini sebelum membuat keuntungan.

Halangan kedua ialah tentang, ada ramai yang berminat untuk trade bersama dengan kami tetapi selalu bertanya mengenai local depo. Ia seolah-olah macam ia lebih senang tetapi perkara yang perlu diambil kira ialah keselamatan dana mereka. Sebenarnya kami di OFM tidak menyokong local depo kerana ada banyak perkara tentang keselamatan dana yang anda tidak faham mengenai cara deposit begitu. Satu ialah yang kami tidak boleh tentukan yang mereka terima rate semasa dan satu lagi ialah, kalaulah apa-apa terjadi dengan duit anda daripada bahagian luar negeri – ia begitu susah untuk kawalkan dan trace semuanya. Pendek kata kami anggap ia berisiko dari segi keselamatan dana.

 

M : Adakah OFM akan membuka pejabat di Malaysia ?

S : Ya sudah tentu. Pejabat ini akan memberikan sokongan kepada pelanggan kami dan juga merealisasikan matlamat kami untuk tujuan pendidikan dalam bidang ini. Kami juga berharap yang kami dapat menyediakan tempat kepada partner-partner kami untuk aktiviti pembelajaran dan bantuan kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami sedang dalam proses membina bantuan pendidikan dalam bentuk kursus kepada pelanggan kami di Malaysia. Dan yang paling utama, kami sedang berbincang dengan seorang Tenaga Pengajar Berprofil Tinggi bertaraf International untuk menyediakan bantuan pendidikan khusus untuk pelanggan kami di Malaysia. Ini sebenarnya adalah “Top Secret” kami dan ia amatlah penting bagi kami.

 

M : Cuba Beritahu Saya, Kenapa Forex Trader perlu Trade dengan OFM ?

S : Haha. Saya rasa jika anda perlukan rakan dagangan sebenar yang betul-betul ambil berat tentang anda seperti diri sendiri, anda perlu datang trade dengan kami. Kami mungkin ada buat silap kerana kami juga manusia biasa seperti anda, tetapi kami tidak akan dan pernah berbohong kepada anda dan kami akan berikan yang terbaik dalam menyediakan servis yang berkualiti kepada anda. Anda akan dapati yang kami akan bekerjasama dengan anda se”fleksibel” mungkin mengikut citarasa anda. Sebarang withdrawal daripada pihak OFM diproses pada hari yang sama kami terima permintaan anda. Saya rasa kalau saya beritahu yang kami adalah yang terbaik dalam bidang ini, mungkin itu menipu. Tetapi bagi saya, broker ini adalah broker yang paling jujur dan telus yang pernah saya bekerjasama.

 

M : Anda dilihat sebagai seorang yang amat ambil berat pelanggan anda. Apakah motto hidup anda ?

S : Anda dapat apa yang anda beri. (You get what you give.)

 

Habis sesi soal jawab dan interview tersebut, kami berbincang lebih lanjut tentang keseriusan Broker One Financial Markets untuk pelanggan di Malaysia. Dikhabarkan Tawaran Bonus 20% deposit daripada OFM bakal tamat pada 31 May 2015 ini. Jika anda masih tidak mempunyai akaun forex, saya cadangkan anda boleh cuba buka akaun forex dengan mereka dan dapatkan bonus deposit 20% support margin dan floating.

KLIK SINI untuk buka akaun dengan One Financial Markets

Saya dapat lihat kejujuran mereka untuk memantapkan kefahaman ilmu forex trading untuk semua pelanggan mereka di Malaysia. Bagi saya Team OFM amat menitik beratkan pelanggan. Salute OFM! Saya ucapkan maju jaya kepada anda. Saya memberikan sokongan kepada broker forex yang saya nampak telus dan bagus menyediakan servis kepada pelanggan di Malaysia. Yang bagus kita share. Sharing is caring!

 

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat