Sayang Seribu Kali Sayang, Berita Baik Ini Gagal Merangsang Pasaran

563

Amerika Syarikat akhirnya mencapai persetujuan dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan tambahan $900 bilion dalam usaha untuk membantu rakyat dan ekonomi yang terkesan akibat pandemik coronavirus.

Pakej ini akan menjadi rangsangan ekonomi kedua terbesar dalam sejarah AS, susulan rang undang-undang bantuan coronavirus pertama $2.3 trilion yang telah diluluskan pada bulan Mac.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell membuat pengumuman pada hari Ahad bahawa para pemimpin Kongres telah mencapai kesepakatan dalam pakej rangsangan yang akan memberikan pembayaran langsung dan bantuan pengangguran kepada rakyat Amerika yang terkesan.

Sementara itu, Speaker Dewan Nancy Pelosi dan Ketua Demokrat Senat Chuck Schumer menyifatkan bantuan ini sebagai sangat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat Amerika di tengah-tengah penularan virus yang semakin cepat.

Mereka juga mengatakan bahawa rancangan tersebut sebenarnya tidak memadai dan menyatakan akan segera mengeluarkan lebih banyak rangsangan selepas Presiden Joe Biden memasuki White House pada 20 Januari.

Susulan kesepakatan yang telah dicapai, para penggubal undang-undang akan membuat undian mengenai pakej bantuan tersebut pada hari Isnin.

Walaupun berita menggembirakan ini sudah lama dinantikan oleh para pelabur, tetapi pasaran gagal memberi reaksi yang sepatutnya berikutan penemuan varian baharu Covid-19 di London.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat