SEC-Ripple: Belum Masanya Untuk Tarik Nafas Lega

2,185

Masih menjadi teka-teki titik akhir bagi isu berbangkit di antara Securities and Exchange Commission (SEC) dengan Ripple Labs.

Terbaru pakar perundangan kripto, juga penyokong Ripple, Jeremy Hogan ada mendedahkan penyelesaian bagi kedua-dua pihak tersebut akan berlaku tidak lama lagi.

Jelasnya, kata putus akan dicapai selepas fasa penemuan (discovery phase) atau lebih maklum sebagai fasa pre-trial yang melibatkan bukti dan maklumat relevan daripada kedua-dua pihak.

Dijangka fasa penemuan akan berakhir selepas 16 Oktober. Jika pun fasa penemuan gagal menemukan jawapan, Hakim Torres bertanggungjawab untuk membuat ringkasan keputusan (summary judgement).

Bagaimanapun  ringkasan keputusan mestilah difailkan dalam 30 hari selepas selesai fasa penemuan. Ini akan mendorong kedua-dua pihak untuk mengemukakan usul ringkasan penghakiman dalam tempoh tersebut yang mana bertarikh pada 16 November.

Hogan juga menjangkakan jika kes ini tidak selesai disebabkan bolak-balik sepanjang tempoh ringkasan keputusan, barangkali ia akan dilanjutkan sehingga melebihi November atau paling lewat sehingga 2022.

Dalam perkembangan terbaru, Hakim Sarah Netburn telah menolak permohonan SEC untuk mendapatkan dokumen yang membuktikan usaha Ripple melobi orang ramai.

Ketika artikel ini diterbitkan, XRP didagangkan pada $0.73, mencatatkan penyusutan lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat