Sektor Hartanah Eropah Kunci Utama Pengetatan Polisi ECB

47

Tren kenaikan inflasi akan terus menjadi pendorong kepada segala penetapan polisi monetari Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) pada 2017 dan juga akan menjadi tumpuan pasaran beberapa bulan ke hadapan.

Dalam buletin ekonomi terkini yang dikeluarkan, ECB masih menjangka inflasi akan naik secara signifikan pada suku pertama 2017 disokong oleh ‘base effects’ kejatuhan harga pada awal 2016. Base effects adalah paras kadar inflasi yang tinggi atau rendah pada bulan-bulan lepas yang mengganggu kadar inflasi semasa. Base effects boleh menyukarkan pihak bank pusat untuk mendapatkan bacaan inflasi yang tepat.

Terdapat analisis dalm kos perumahan dan sewaan yang akan menjadi kunci utama kepada tren inflasi sektor perkhidmatan dan inflasi secara keseluruhan.

Walaupun terdapat jangkaan terkini kepada tekanan kenaikan harga hartanah dari tahun-ke-tahun (y/y) sebanyak 2.9% pada separuh masa pertama 2016, terdapat juga penurunan dalam kadar sewa ke paras 1.0%yang merupakan di bawah purata jangka panjang 1.7%.

Menurut ECB, terdapat tanda-tanda pengurangan permintaan terhadap sewaan hartanah yang mahal disebabkan paras kadar faedah yang rendah.

Pelonggaran polisi monetari di tahap yang lebih tinggi akan memberi tekanan kepada harga hartanah pada 2017 dan sebarang kenaikan dalam kos sewa akan meningkatkan inflasi secara keseluruhan. Jika peningkatan dalam kos sewa ini masih suram, potensi kepada pengetatan polisi ECB dilihat masih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat