Sektor Pembuatan AS Memberangsangkan, Komponen Pekerjaan Jatuh ke Paras Terendah

308

Aktiviti sektor pembuatan Amerika Syarikat merekodkan bacaan memberangsangkan deperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada Khamis.

ISM (Institute of Supply Management) melaporkan indeks pembuatan mencatat bacaan 59.1 lebih berbanding jangkaan 58.7 tetapi lebih rendah daripada bacaan sebelum ini.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan prestasi positif sektor pembuatan manakala bacaan di bawah 50 menunjukkan prestasi negatif. Untuk pengetahuan anda, sektor pembuatan Amerika Syarikat mewakili 12% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.

Komponen tempahan baru susut dua mata kepada 65.4, indeks pengeluaran pula jatuh 0.7 mata kepada 64.5 dan indeks pekerjaan jatuh sebanyak 3.9 mata ke paras terendah lapan bulan lalu 54.2.

Sektor pembuatan Amerika Syarikat pada 2017 merekodkan prestasi memberangsangkan dan pemerhati ekonomi terus meneliti perkara ini sama ada ia akan berterusan tahun ini.

“Sukar untuk melihat masalah dalam sektor ini pada 2018. US dolar kini telah jatuh 10% dari paras tertinggi tahun lalu. Pertumbuhan ekonomi pula kekal kukuh di seluruh dunia,” kata Michael Pearce, ketua penganalisis ekonomi di Capital Economics.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat