Sektor Pembuatan Malaysia Kembali Berkembang

234

Permulaan suku ke-2 2022 bagi sektor pembuatan Malaysia dilihat terdapat momentum pertumbuhan yang mencanak.

Menurut S&P Global, di sebalik pengeluaran yang lemah, pesanan masuk kekal kukuh dengan catatan paling tinggi sejak April 2014 semasa berlakunya peningkatan keyakinan pelanggan.

Selain itu, permintaan dilihat meningkat walaupun pengilang terpaksa kurangkan tenaga kerja ekoran sekatan antarabangsa yang menghalang syarikat untuk mengambil pekerja dari luar negara.

Pada sisi berbeza, para peniaga memetik kebimbangan tekanan harga dan bekalan yang berterusan sebagai faktor yang menghadkan operasi, kekurangan bahan dan kelewatan penghantaran.

Ujar S&P Global, ini memainkan peranan dalam jangkaan firma berhubung pengeluaran masa depan, yang jatuh ke paras terendah sejak Ogos lalu.

Dalam pada itu, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan secara bermusim dilihat meningkat dari 49.6 pada Mac kepada 51.6 pada April, menunjukkan peningkatan baharu dalam kesihatan sektor itu.

Terangnya, bacaan terkini mewakili pengembangan berterusan dalam pengeluaran pembuatan dan KDNK, walaupun tinjauan itu mencadangkan bahawa pertumbuhan sekali lagi ditahan oleh isu rantaian bekalan yang berterusan.

Tambah firma itu lagi, peningkatan dalam angka utama diterajui oleh pemulihan mendadak dalam jumlah pesanan baharu, dengan pertumbuhan perniagaan baharu mencecah paras tertinggi 8 tahun.

Firma tersebut turut menyatakan keyakinan pelanggan yang lebih kukuh telah meningkatkan permintaan dalam pasaran domestik dan luaran, sehingga jualan eksport baharu kembali ke wilayah pengembangan untuk kali ke-2 dalam 3 bulan.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Perniagaan S&P Global, Chris Williamson berkata April menyaksikan lonjakan permintaan baik bagi barangan perkilangan dengan pengeluar melaporkan aliran masuk tempahan baharu tinggi dalam 8 tahun.

Ia sekaligus mencerminkan gabungan peningkatan jualan di dalam dan luar negara.

Sungguhpun begitu, kekangan bekalan dari segi ketersediaan buruh dan komponen kekal sebagai penghalang utama kepada pemulihan ekonomi.

Ini bermakna pengilang dan pembekal sekali lagi tidak dapat memenuhi permintaan secara purata, yang seterusnya memberikan tekanan menaik yang berterusan ke atas harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat