Sektor Pembuatan UK Melonjak ke Paras Tertinggi Tahun Ini

50

Pengeluaran industri di UK meningkat 0.2% pada Julai yang mana sejajar dengan ramalan pasaran. Bacaan tahunan (year on year) pula meningkat kepada 0.4% daripada 0.3%.

Pengeluaran dalam sektor pembuatan mencatat kenaikan 0.5% pada bulan tersebut yang sedikit di atas ramalan dengan bacaan dari tahun ke tahun meningkat kukuh kepada 1.9% daripada 0.6% sebelum ini.

Sektor pembuatan pada Julai disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor automobil dengan kenaikan 13.7% yang mana lebih tinggi sejak Mac 2009. Kenaikan ini juga banyak disokong oleh pengenalan model-model baru dari syarikat automobil.

Sebaliknya pula, terdapat kejatuhan bulanan dalam sektor galian dan carigali di mana pengeluaran gas merosot disebabkan kerja-kerja baikpulih.

Data secara keseluruhan menunjukkan kestabilan dalam sektor perindustrian tetapi tiada bukti yang kukuh dalam pertumbuhan global. Salah satu sebab kenaikan dalam pengeluaran adalah disebabkan nilai matawang yang begitu kompetitif yang mencetuskan lonjakan dalam kenaikan pertumbuhan.

Dari segi eksport barangan dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai meningkat sebanyak 1.2% berbanding tiga bulan sebelum itu yang merupakan paras terendah sejak Oktober. Hal ini menunjukkan isyarat bahawa tidak banyak eksport ke EU walaupun dengan kejatuhan nilai Sterling.

Kenaikan inflasi dan pertumbuhan gaji yang rendah dijangka akan memberi kesan negatif kepada ekonomi sepanjang tahun ini, walaupun dengan kenaikan eksport yang diharapkan oleh bank pusat dengan andaian nilai Sterling yang murah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat