Sektor Perindustrian Jepun Masih Tidak Meyakinkan

91

Japanese industrial production (Pengeluaran perindustrian) pada September tidak berubah telah menimbulkan keraguan kepada sektor pembuatan Jepun. Pengeluaran tidak mencatatkan apa-apa perubahan berbanding bulan sebelumnya yang meningkat 1.3% berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lepas, pengeluaran industry meningkat sebanyak 0.9%.

Sektor pembuatan di Jepun menunjukkan tanda-tanda peningkatan walaupun ketaktentuan ekonomi dunia pada tahun ini. Nikkei Manufacturing Index (Indeks pembuatan Nikkei) yang mengira indeks keadaan perniagaan di syarikat pembuatan meningkat kepada 51.7 pada Oktober berbanding bulan sebelumnya.

Sebarang bacaan di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dari segi, pekerjaan, inventori, tempahan dan harga barang dalam sektor ini. Manakala bacaan di bawah 50 adalah sebaliknya.

Keadaan di Kilang Pembuatan kereta Nissan
Keadaan di Kilang Pembuatan kereta Nissan

Dalam laporan data yang berasingan pada hari ini, data Jualan Runcit juga dilihat tidak berubah pada September berbanding bulan sebelum yang menyusut 1.1%.

Pada minggu lepas, Yen melemah ke paras terendah dalam tempoh 3 bulan kerana peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh The Fed (bank pusat US).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat