Sektor Perkhidmatan UK Semakin Perlahan Pada Januari 2017

44

Sektor perkhudmatan UK semakin perlahan pada bulan Januari menurut data yang dikeluarkan oleh ‘UK Markit PMI’. Data menunjukkan indeks sektor perkhidmatan menyusut dari 56.2 yang dicatatkan pada Disember kepada 54.5 pada bulan lalu dan di bawah jangkaan pasaran 55.8. Bacaan kali ini juga adalah yang terendah dalam masa tiga bulan.

Indeks pengeluaran komposit susut kepada 55.2 dari 56.7 sebelum ini.

Pertumbuhan perniagaan baru juga perlahan pada Januari, manakala ‘indeks keyakinan perniagaan’ menguat ke paras tertinggi sejak May 2016.

Indeks pekerjaan pula perlahan ke paras terendah sejak lima bulan lalu berikutan tempahan baru yang semakin perlahan. Terdapat bukti peningkatan kos mengurangkan kecenderungan syarikat untuk mengambil pekerja.

Tekanan inflasi masih kuat dengan harga input yang semakin tinggi dan hampir mencapai paras tertinggi sejak Mac 2011. Hal ini berikutan harga barangan import yang semakin tinggi dan juga kadar gaji yang semakin meningkat.

Secara keseluruhan, data yang dikeluarkan hari ini agak mengecewakan dan memberi sedikit keraguan terhadap jangkaan sektor ini di masa hadapan. Namun begitu, peningkatan dalam keyakinan perniagaan menggambarkan pertumbuhan yang masih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat