Selamat Ke Nak Trade USD Hari Ini?

922

Malangnya, US dolar gagal mengekalkan kebangkitan semulanya dengan terus didagangkan lebih rendah berbanding matawang utama lain pada sesi Asia hari ini.

Laporan mengenai kegagalan Kongres Amerika Syarikat untuk mencapai kesepakatan dalam rundingan pakej rangsangan Covid-19 baru telah mempengaruhi dagangan matawang itu.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menyalahkan Presiden Donald Trump kerana kurangnya kemajuan dalam perbincangan tersebut setelah lebih 30 juta rakyat Amerika kehilangan faedah pengangguran $600 minggu lalu. Tambah beliau lagi, kesepakatan ini mungkin tidak dapat dicapai minggu ini.

Namun begitu, ketika lewat petang di Amerika, pemimpin Senat Demokrat Chuck Schumer mengatakan perbincangan dengan White House akhirnya bergerak ke arah yang betul. Kenyataan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan sentimen pasaran walaupun pada hakikatnya mereka masih berbeza pendapat berikutan beberapa isu.

Selain itu, pertikaian antara dua kuasa ekonomi besar dunia turut menekan dagangan raja matawang itu. Ketegangan utama kini tertumpu kepada aplikasi TikTok dan potensinya untuk menyimpan maklumat sensitif.

Ekoran daripada itu, Presiden Trump telah menekan pemilik ByteDance untuk menjual aplikasinya kepada Microsoft yang diberikan masa hanya 45 hari untuk mengadakan rundingan bersama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan susut di sekitar 93.15.

Penerbitan data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM bagi bulan Julai pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang dijangkakan susut sedikit daripada bacaan yang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat