Selepas Alonzo, Cardano (ADA) Bakal Lancarkan Era Babbage

571

Sudah lebih sebulan Hard Fork Combinator (HFC) Alonzo dilancarkan Cardano (ADA), membawa kebolehan kontrak pintar, pembangunan perkhidmatan kewangan desentralisasi (DeFi) dan aplikasi desentralisasi (DApps) ke rangkaian itu.

Setakat ini boleh dikatakan Alonzo berfungsi dengan lancar, tanpa sebarang masalah.

Ini juga membuktikan Cardano bersedia untuk beralih ke fasa seterusnya – Era Babbage, seperti yang dimaklumkan oleh Input Output Hong Kong (IOHK) di laman penstriman Youtube.

Pada 14 Oktober, jurutera perisian Kevin Hammond mendedahkan mereka sedang membuat persiapan peralihan kepada era baharu.

Walaupun masih belum ditetapkan tarikh pelancaran era ini, namun penyokong Cardano sudah teruja mahu melihat potensinya untuk jangka panjang.

Era Babbage

Apa yang akan dilakukan oleh IOHK sepanjang fasa ini adalah pelancaran penambahbaikan di Cardano, yang mana telah diusahakan oleh barisan jurutera tetapi tidak dilancarkan.

Jelas Hammond, mereka akan memfokuskan kepada kelajuan transaksi yang berkurang, termasuk menangani isu alamat yang diketengahkan oleh operator sejak Alonzo memainkan peranan.

Selain itu, bahasa pengaturcaraan Plutus turut akan ditambah baik di mana versi baharu akan diperkenalkan di blockchain tersebut. Cara ini akan menggalakkan peningkatan dan kelajuan jumlah transaksi bagi setiap blok.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $2.16, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Aset ini masih jauh dari rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.10 dan memerlukan lonjakan sekurang-kurangnya lebih 30% sebelum meneruskan uptrend.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat