Selepas Biden, Giliran Boris Johnson Pula Jadi ‘Mangsa’ Rusia!

3,057

Ketegangan diplomatik antara Rusia dan Barat semakin meningkat selepas Moscow menyekat Perdana Menteri Boris Johnson dan beberapa pegawai tertinggi UK yang lain daripada memasuki negara itu sebagai tindak balas kepada sekatan Britain.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Rusia, ia telah menuduh kerajaan UK melakukan tindakan bermusuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, merujuk kepada sekatan ke atas pegawai kanan Rusia.

Tindakan Britain yang bermatlamat untuk membangkitkan sikap negatif terhadap Rusia, menyekat hubungan dua hala di hampir semua kawasan akan memudaratkan kesejahteraan dan kepentingan penduduk UK.

Sebarang serangan sekatan pasti akan mendapat pembalasan atas setiap yang berlaku, tambahnya lagi.

Selain PM Johnson, pegawai lain yang dikenakan sekatan adalah Timbalan Perdana Menteri Dominic Raab, Setiausaha Luar Liz Truss, Setiausaha Pertahanan Ben Wallace, bekas Perdana Menteri Theresa May dan Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Britain mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam tindakan tersebut.

Ia juga mengatakan bahawa UK dan sekutu antarabangsa yang lain bersatu dalam mengecam tindakan Rusia di Ukraine serta menyeru Kremlin untuk menghentikan perang.

Terdahulu, Rusia telah mengenakan sekatan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan beberapa pegawainya yang lain bagi bertindak balas kepada larangan ekonomi ke atasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat