Selepas Brexit, EU Rancang ‘Tawaran Yang Anda Tak Akan Tolak’ – Moscovici

91

Suruhanjaya Eropah (European Commission) mensasarkan untuk menjadikan matawang Euro lebih menarik kepada ahli Kesatuan Eropah yang ketika ini berada di luar blok matawang tersebut, kata pesuruhjaya ekonomi pada Selasa dalam usahanya meyakinkan Eropah selepas Britain memilih Brexit.

Ia akan dilancarkan minggu depan dalam rangka kerja masa depan Zon Eropah yang mana adalah sebahagian dari perancangan Kesatuan Eropah selepas Brexit berikutan sentimen yang skeptikel terhadap blok ini.

“Kami akan cuba membuat rangka kerja yang cukup menarik, seperti yang dikatakan dalam filem, an offer you cannot refuse,” kata Pierre Moscovici kepada wartawan.

Negara-negara Kesatuan Eropah kecuali Britain dan Denmark mempunyai obligasi untuk menggunakan Euro tetapi tiada tempoh akhir untuk tidak menggunakan matawang mereka.

Moscovici menetapkan bahawa ahli-ahli EU sepatutnya secara beransur-ansur menggunakan Euro sebagai matawang mereka tetapi Suruhanjaya tiada kuasa untuk memaksa ahli-ahli menggunakan matawang ini.

Di Poland, 57% tidak menyokong penggunaan Euro menurut tinjauan yang dibuat Eurobarometer. Pembangkang dalam hal ini juga cukup kuat di Britain, Republik Czech, Denmark dan Bulgaria manakala Hungari, Croatia, dan Romania menyokong penggunaan matawang Euro.

Moscovici menegaskan bahawa Brexit bermaksud Zon Eropah akan mendominasi ekonomi Kesatuan Eropah dan akan memberi faedah kepada negara-negara yang menggunakan Euro sebagai matawang rasmi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat