Selepas Elon Musk, Kini Giliran Adiknya Pula Disiasat SEC

2,517

‘Habis satu family SEC siasat, ingat main Happy Family ke?’

Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) kini sedang menjalankan siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dan adiknya, Kimbal Musk kerana dipercayai melanggar *polisi dagangan orang dalam.

*Polisi dagangan orang dalam adalah pembelian atau penjualan saham syarikat yang didagangkan secara terbuka oleh seseorang yang mempunyai maklumat material bukan awam tentang saham tersebut.

Memetik sumber dari Wall Street Journal (WSJ), Kimbal didapati menjual pegangan sahamnya dalam Tesla sebanyak 108 juta, sehari sebelum Elon membuat undian di Twitter yang mana menyaksikan CEO itu menjual 10% pegangan saham.

Melihat tindakan Kimbal tersebut, SEC telah menjalankan siasatan terhadap adik-beradik Musk andai berlaku sebarang pelanggaran polisi dagangan orang dalam.

Sebagai respon, Elon dalam e-mail yang dihantar ke Financial Times menyatakan Kimbal tidak menerima sebarang maklumat awal mengenai rancangan undian Twitter tersebut.

Dalam e-mail tersebut turut menyatakan peguam Musk ‘menyedari’ berkenaan undian di Twitter tersebut.

Terdahulu, SEC telah mengeluarkan sepina kepada Elon Musk, sepuluh hari selepas undian di Twitter tersebut dibuat bagi mencari maklumat berkenaan data kewangan syarikat.

Potensi siasatan ini akan menambah derita buat Musk yang kini sedang berhadapan dengan pengawal selia akibat isu media sosialnya, layanan terhadap pekerja Tesla dan tuduhan diskriminasi.

Ini bukan kali pertama Elon Musk menghadapi masalah dengan SEC, di mana sebelum ini beliau telah menuduh SEC sering menyasarkan dirinya sahaja dan menyekat hak bersuaranya.

Menurut pemfailan, penjualan saham oleh Elon Musk pada November telah dilaksanakan secara automatik mengikut rancangan yang dibuat pada 14 September termasuk opsyen saham yang sepatutnya tamat tempoh pada 2022.

Sejak 8 November lalu, saham Tesla telah susut 33% apabila Musk mula menjual berbilion dolar saham pegangannya, beberapa hari selepas undian di Twitter bersetuju beliau menjualnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat