Selepas Menjunam 100 Pips, Pelabur Masih Melihat AUD/USD Akan Terus Turun

485

Pelabur melihat sentimen pasaran kembali berisiko berikutan kejatuhan pasaran Wall Street 3 hari berturut-turut dengan penjualan saham-saham teknologi yang ketara.

Hal ini telah mendorong peningkatan bagi dagangan safe-haven sementara matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand merosot.

Dolar Aussie pamerkan penurunan ketara berbanding US dolar semalam pada carta pasangan AUD/USD selepas harga bergerak mendatar pada awal minggu.

Turut menambah tekanan buat dolar Aussie apabial terdapat jangkaan untuk hubungan antara Australia dan China akan kembali tegang semula.

Harga dilihat cuba membuat kenaikan di awal sesi Eropah semalam, namun kembali menjunam semula selepas menguji paras 0.73000.

Penurunan kembali semula ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dengan penurunan diteruskan di sesi New York.

Setelah mencecah paras sekitar 0.72150, harga membuat sedikit kenaikan namun hanya menguji paras 0.72400 di zon SBR (support become resistace) sebelum menyambung penurunan semula sehingga ke sesi Asia pagi ini.

Sesi Asia memperlihatkan pergerakan menaik harga, namun pelabur melihat situasi tersebut sekadar pembetulan harga (correction), dan dijangka akan meneruskan lagi penurunan susulan data ekonomi China yang diterbitkan pagi ini juga turut mencatatkan penurunan dan bakal memberi kesan terhadap dolar Aussie.

Dengan sentimen pasaran kekal berisiko, penurunan harga dijangka menuju zon support dalam julat sekitar 0.71800-0.71500.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, halangan dinamik MA50 akan diuji sebelum harga menuju semula ke zon SBR 0.73000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat