Selepas Pfizer, Giliran Vaksin Moderna Pula?

273

Vaksin yang dihasilkan oleh Moderna terbukti selamat dan 94% berkesan, berdasarkan analisis dijalankan oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (FDA).

Lapor Reuters, analisis tersebut bermakna vaksin terbabit berkemungkinan menjadi vaksin coronavirus kedua yang diluluskan di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu diumumkan semalam, dua hari sebelum panel vaksin bermesyuarat untuk membincangkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) vaksin berkenaan.

Dokumen FDA setebal 54 muka surat itu menyatakan vaksin terbabit tidak menyebabkan ‘masalah keselamatan tertentu’ dan kesan sampingan yang serius.

Sekiranya vaksin itu diluluskan oleh sekumpulan pakar dan ketua vaksin FDA pada hujung minggu ini, vaksin berkenaan akan dihantar ke seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

Menurut dokumen yang dikeluarkan, FDA mendapati kadar keberkesanan 94.1% selepas melakukan ujian klinikal terhadap 30,000 orang.

Bagaimanapun, mereka yang disuntik mengalami kesan sampingan seperti demam, pening dan sakit otot serta sendi.

Vaksin Moderna perlu disimpan di dalam suhu kira-kira -20 darjah Celcius ketika dihantar kepada pesakit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat