Semalam Macam Tikus, Pagi Ini USD Tunjuk Taring!

850

Pergerakan US dolar dilihat mendatar pada pembukaan awal minggu semalam di samping pasaran Amerika bercuti sempena Hari Kelahiran Martin Luther King Jr.

Namun raja mata wang itu terus memecut kukuh pada pembukaan dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) yang dilihat didorong oleh faktor sentimen berisiko pasaran susulan ketegangan geopolitik yang berlarutan di Timur Tengah.

Paling menerima kesan adalah pasaran minyak mentah global berikutan situasi yang semakin meruncing di sana telah membuatkan bekalan terjejas.

Pun begitu, pelabur akan kekal berwaspada sekiranya pengukuhan US dolar hanya bersifat sementara sahaja.

Indeks dolar (DXY) diperhatikan sedikit meningkat ke paras 102.9 mata dengan pergerakan masih mendatar di antara julat di bawah 103.00 sejak awal Januari bermula.

Sementara hasil perbendaharaan 10 tahun AS juga dilihat sedikit meningkat ke sekitar 4.00% selepas kejatuhan dari puncak 5.00% hingga mencecah 3.80% semalam.

Tumpuan pasaran hari ini akan terarah kepada data pekerjaan UK di sesi Eropah sebentar lagi dan menyusul kemudiannya data tinjauan ZEW ekonomi Jerman.

Di sesi New York pula, mata wang Kanada bakal dipengaruhi oleh terbitan data inflasi Kanada untuk bacaan Disember lalu.

Pergerakan mata wang utama lain dalam pasaran dijangkakan akan mengalami tekanan berikutan situasi pengukuhan yang sedang dialami US dolar ketika ini.

Agak mengecewakan untuk pelabur emas di awal minggu ekoran pergerakan harga komoditi berharga itu sekadar mendatar dan tidak meneruskan momentum lonjakan pada penutup dagangan minggu sebelumnya.

Pelabur masih meletakkan keyakinan untuk potensi peningkatan harga selepas ini, namun pengukuhan semula US dolar bakal menghadkan pergerakan positif buat emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat