Tindakan Trump yang secara mengejut telah memecat Pengarah FBI, James Comey yang mengetuai kes siasatan terhadap skandal Russia dengan kempen pilihanraya Presiden AS tempoh hari telah menimbulkan kebimbangan terhadap agenda dasar ekonomi Trump. Dalam masa yang sama, kelemahan data jualan runcit dan CPI juga telah meletakkan matawang gergasi di dalam tempoh bertahan minggu lepas.
Bagi minggu ini, mari saksikan semua event penting yang bakal mempengaruhi sesi trading sepanjang minggu ini.
1.Data KDNK Zon Euro – 16 Mei 2017 (Selasa, 5.00 pm)
Tiada perubahan dijangka untuk data ini selepas data KDNK Zon Euro sebelum ini menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih baik dengan peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding data dari Amerika Syarikat.
2.Data Perumahan AS– 16 Mei 2017 (Selasa, 8.30 pm)
Data permit bangunan AS telah melonjak ke tahap tahunan sebanyak 1.26 juta pada bulan Mac. Data perumahan juga telah menukar arah kepada 1.22 juta. Sektor perumahan sebenarnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan ekonomi secara keseluruhannya. Justeru, bagi meningkatkan pengukuhan US Dollar, kedua-dua data ini perlu bergerak seiring. Permit bangunan dijangka tidak berubah manakala data perumahan dijangka meningkat kepada 1.27 juta.
3.Data Pekerjaan UK– 17 Mei 2017 (Rabu, 4.30 pm)
Kadar pengangguran UK dikeluarkan pada paras 4.7 peratus iaitu tahap yang agak stabil buat masa ini. Namun begitu, pertumbuhan gaji masih tidak memuaskan disebabkan bacaan inflasi yang masih berada pada tahap lemah. Jumlah tuntutan pengangguran melonjak ke paras 25500 iaitu tahap yang agak membimbangkan pada bulan Mac. Bagi bulan April, kadar pengangguran dijangka kekal pada tahap 4.7 peratus.
4.Data Inventori Minyak AS– 17 Mei 2017 (Rabu, 10.30 pm)
Laporan mingguan EIA mula menjadi perhatian apabila stok minyak mentah dicatat menjunam sebelum ini. Disamping itu, perjanjian OPEC dan pengeluar utama juga dijangka bakal dilanjutkan melebihi separuh pertama tahun ini. Namun begitu, pengeluaran minyak mentah yang semakin meningkat di AS juga membimbangkan pasaran.
5.Data KDNK Jepun– 18 Mei 2017 (Khamis, 7.50 am)
Output Jepun cenderung untuk turun naik disebabkan beberapa faktor. Bagaimanapun, ekonomi negara tersebut dijangka bakal berkembang dengan ramalan peningkatan sebanyak 0.4 peratus.
6.Data Pekerjaan Australia– 18 Mei 2017 (Khamis, 9.30 am)
Pekerjaan di Australia meningkat sebanyak 60900 pekerjaan pada bulan Mac jauh lebih baik daripada jangkaan awal. Bagi bulan April, data ini dijangkakan meningkat sebanyak 5200 pekerjaan dengan kadar pengangguran kekal pada tahap 5.9 peratus.
7.Data Tuntutan Pengangguran AS– 18 Mei 2017 (Khamis, 8.30 pm)
Data pekerjaan AS diadakan pada tahap stabil sejak kebelakangan ini. Justeru, bagi minggu ini, data ini dijangka hanya akan mengalami kenaikan kecil daripada 236,000 pekerjaan kepada 240,000 pekerjaan.
Kebimbangan Pasaran Terhadap Ujian Peluru Berpandu Korea Utara Meningkatkan Permintaan Emas!