Semua Yang Anda Mesti Ambil Kira Jika Trade Pasangan Matawang EUR/USD

47

Pasangan matawang EUR/USD dalam tren menaik sejak daripada Selasa sehinggalah pada Jumaat disebabkan oleh sentimen negatif kepada US Dolar. Namun, apabila dilihat kepada pattern yang sedang terbentuk di time-frame daily, ia menunjukkan pasangan matawang ini cenderung untuk ke bawah.

  • Reformasi cukai US

Perhatian pasaran terarah kepada cadangan potongan cukai versi Senat Republikan dan bagaimana ia berbeza dengan apa yang dicadangkan oleh Kongres. Kenaikan US dolar terhenti sejak akhir-akhir ini disebabkan ketidaktentuan dalam reformasi cukai US.

Perkara ini memperlihatkan pihak House of Representative dan Senate tidak sehaluan dalam reformasi cukai.

US dolar semakin tertekan apabila Senat bercadang untuk menangguhkan cukai ini sehingga 2019.

  • Sentimen agak positif di Zon-Eropah

Jangkaan untuk matawang EUR/USD ketika ini turut dipengaruhi oleh Buletin Ekonomi ECB yang dikeluarkan pada Khamis yang menunjukkan prospek positif di masa hadapan.

“Penggunaan swasta (private consumption) disokong oleh peningkatan pekerjaan selepas reformasi pasaran pekerjaan pada masa lampau, di samping peningkatan kekayaan isirumah. Peningkatan dalam pelaburan perniagaan terus memberi faedah kepada keadaan kewangan yang baik dan keuntungan korporat.”

Prospek ini sebenarnya meningkatkan lagi keyakinan kepada ECB untuk mengurangkan pembelian asetnya.

Selepas daripada buletin ini dikeluarkan, ia telah menyokong matawang Euro dengan data ‘imbangan dagangan’ (trade balance) negara Jerman meningkat kepada 24.1 billion daripada 20.1 billion pada September.

  • Kitaran pengetatan The Fed berterusan

Bagi pasangan Euro dan US dolar, terdapat potensi untuk pasangan matawang ini mendapat tekanan daripada kenaikan kadar faedah pada Disember.

Dalam mesyuarat Fed pada November masih menunjukkan keyakinan untuk Fed menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur. Selain itu, Fed juga menegaskan impak dari taufan Harvey dan Irma hanyalah sementara.

Dengan bukti-bukti ekonomi yang kekal positif menunjukkan satu lagi kenaikan kadar faedah pada Disember. Jerome Powell yang menggantikan Yellen sebagai pengerusi Fed juga dilihat kitaran pengetatan polisi bank pusat akan diteruskan. Jika tidak mengambil kira ‘sentimen reformasi cukai’, EUR/USD masih lagi dilihat akan cenderung memihak kepada US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat