Senheng Tandatangani Perjanjian bersama Mercury Securities, CIMB Investment Dan AmInvestment

223

Langkah kanan lah orang kata kan.

Senheng New Retail Bhd, peruncit barangan eletrik dan eletronik tempatan, telah menandatangani perjanjian dengan Mercury Securities, CIMB Investment dan AmInvestment untuk menaja jamin sejumlah 52.5 juta saham sempena tawaran awam permulaannya (IPO) dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Menurut syarikat itu, ia akan melaksanakan IPO yang melibatkan terbitan awam sebanyak 250 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 139.5 juta saham sedia ada.

Menurutnya lagi, daripada 250 juta saham tersebut, 149.5 juta saham akan ditempatkan kepada institusi dan pelabur terpilih dan 48 juta saham lagi akan ditempatkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Lagi 22.5 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Sementara baki 30 juta saham baharu akan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai melalui pengundian.

Pengerusi eksekutif Senheng, Lim Kim Heng menyatakan peruncit itu telah melalui beberapa transformasi sejak beberapa tahun termasuk peralihan kepada model runcit baharu bagi memenuhi pendigitalan pesat landskap pengguna Malaysia.

Dalam pada itu, Mercury Securities merupakan penasihat utama, penaja jamin mengurus, penaja jamin bersama dan penaja jamin bersama untuk pelaksanaan IPO manakala CIMB Investment dan AmInvestment adalah penaja jamin utama dan penaja jamin bersama.

Senheng dijangka disenaraikan pada Januari 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat