Sentimen Ekonomi Zon-Eropah Melonjak Ke Paras Tertinggi 10-Tahun Lalu

55

Petunjuk sentimen ekonomi Zon-Eropah melonjak ke paras 111.1 pada Jun dari 109.2 sebelum ini. Bacaan kali ini juga melebihi jangkaan pasaran 109.5 yang tertinggi sejak Ogos 2007.

Keyakinan semakin kukuh dalam komponen industri dengan pengukuhan tempahan barangan perindustrian Zon Eropah. Selain itu, sektor pembinaan dan peruncitan juga merekod pengukuhan dengan kenaikan kecil dalam sektor perkhidmatan.

Keyakinan komponen pekerjaan meningkat mendadak dalam sektor pembinaan dengan sedikit perubahan dalam sektor industri dan perkhidmatan manakala sektor peruncitan merekod sedikit kejatuhan.

Negara-negara seperti Jerman dan Perancis merekod peningkatan tertinggi.

Keyakinan pengguna juga turut meningkat secara signifikan pada tempoh sama dan keyakian dalam pertumbuhan Zon-Eropah dijangka berterusan.

Data kali ini sejajar dengan keyakinan Presiden Draghi terhadap ekonomi Zon Eropah dalam ucapannya pada Selasa.

Presiden Mario Draghi memberikan pandangan yang meyakinkan terhadap ekonomi Zon-Eropah pada Selasa, tetapi menegaskan ekonomi masih memerlukan polisi monetari yang akomodatif.

“Segala isyarat dalam ekonomi menunjukkan pengukuhan yang semakin meluas di Zon-Eropah,” kata Draghi dalam forum ECB di Sintra, Portugal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat