Sentimen Euro: Jangkaan Positif Ekonomi & Lanjutan Pembelian Bon

111

Matawang Euro sedikit lemah pada Rabu selepas membuat lonjakan pada Selasa yang disokong oleh jangkaan positif ekonomi Zon Eropah pada 2018. Selain itu, kenaikan Euro juga disokong oleh jangkaan pengurangan amaun pembelian bon pada 2018.

Data indeks pembuatan Zon Eropah melonjak ke paras tertinggi lebih daripada dua dekad lalu menunjukkan peningkatan permintaan pada permulaan tahun baru.

Selain itu, apa yang menambah sentimen positif kepada matawang Euro ialah komen oleh ahli ECB. Benoit Coeure berkata bahawa berkemungkinan pembelian bon tidak akan dilanjutkan pada September.

Ahli pengundi penetapan polisi monetari Ewald Nowotny berkata kepada media Jerman dalam temubual bahawa ECB berkemungkinan akan menamatkan program rangsangan tahun ini jika Ekonomi Zon Eropah terus berkembang dengan kukuh.

Sebelum ini Federal Reserve adalah bank pusat pertama menaikkan kadar faedah di kalangan 7 negara ekonomi terbesar dunia. Kini bank pusat yang lain cuba untuk mengekori The Fed daripada belakang. Terbaru Bank of Canada juga telah menaikkan kadar faedahnya kepada 1.00%

Oleh itu, ECB juga dilihat akan mengikuti langkah bank-bank pusat utama ini tetapi dijangka akan mula menaikkan kadar faedahnya seawal hujung tahun 2018.

Berikut adalah pergerakan pair Euro setakat pukul 3.24 petang:

EUR/USD: -15 pip
EUR/JPY: +01 pip
EUR/GBP: -11 pip
EUR/AUD: +02 pip
EUR/CAD: -13 pip
EUR/NZD: -15 pip

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat