Sentimen: Euro Lemah Dengan Indeks Saham Eropah Dibuka Rendah

47
  • Pasaran tukaran matawang (Forex)

Matawang Euro mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut dengan bergerak lebih rendah ketika ini. Hal ini selepas pilihanraya Jerman yang menunjukkan sokongan terhadap parti Angela Merkel yang semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

“Impak kepada euro adalah terhad kerana hasil pilihanraya lebih kepada kesan domestik berbanding kesan kepada Kesatuan Eropah dan matawang euro akan lebih sensitif kepada tindakan ECB setakat ini,” kata Viraj Patel strategist FX di ING London.

Pasangan matawang EUR/USD susut 0.38% setakat pukul 4.08 petang tetapi matawang tunggal euro mengukuh berbanding  Swissy.

Indeks yang mengukur kekuatan matawang US dolar berbanding enam matawang yang lain setakat ini naik 0.25%. Berikut adalah pergerakan pasangan matawang US dolar setakat pukul 4.11 petang.

USDJPY: +0.24%
USDCAD: 0.02%
USDCHF: +0.27%
EURUSD: -0.43%
GBPUSD: +0.12%
AUDUSD: +0.06%
NZDUSD: -0.68%

  • Pasaran saham

Berikut adalah pergerakan semasa saham Asia setakat jam 3.23 petang:

Nikkei 225 (Jepun) : +0.48% Tutup
KOSPI (Korea Selatan) : -0.35% Tutup
ASX 200 (Australia) : +0.03% Tutup

Berikut adalah pergerakan semasa saham Eropah setakat pukul 3.27 petang dalam pembukaan sebentar tadi.

Euro STOXX 50 (Blue chips) : -0.17%
Indeks DAX (Jerman) : -0.12%
Indeks CAC40 (Perancis) : -0.22%
FTSE 100 (Britain) : -0.42%

Berikut pula adalah pergerakan indeks hadapan Wallstreet setakat pukul 3.30 petang.

Dow Jones Futures : -0.09%
Nasdaq Futures: -0.23%
S&P 500 Futures: -0.17%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya jatuh di awal pembukaan dagangan Asia minggu ini. Berikut adalah perubahan hasil-bon dunia setakat pukul 3.39 petang.

US-10Y Yield : -0.22%
US-5Y Yield : -0.06%
US-30Y Yield : -0.43%

German 10Y Yield : -0.22%
Perancis 10Y Yield : +0.45%
UK 10Y Yield : +0.89%
Canada 10Y Yield : -0.42%

  • Pasaran Komoditi

Harga emas memulakan hari Isnin dengan kemerosotan dan bergerak di sekitar paras terendah sebulan lalu. Emas di Comex setakat pukul 3.46 petang susut 0.24%. Perak juga susut 0.25% dalam masa yang sama.

Minyak mentah WTI: -0.43%
Minyak mentah Brent: -0.25%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat