Sentimen & News Aud/Usd Pada Minggu Ke-Empat 2017

37

Dolar Australia terus menunjukkan kekuatannya minggu lalu dan terus menjadi matawang yang banyak mendapat kenaikan berbanding matawang utama yang lain.

Minggu ini data inflasi dari Australia akan menjadi perhatian pasaran yang akan mempengaruhi penetapan polisi monetari Reserve Bank of Australia (Bank pusat Australia).

Terdapat jangkaan kepada kenaikan inflasi pada suku keempat 2016 berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia. Jangkaan bagi data yang akan dikeluarkan pada Rabu ini adalah kenaikan 0.70% yang sama dengan bacaan pada suku ketiga.

Bacaan sebenar yang jauh meleset dari jangkaan ini akan menyebabkan RBA membuat sekali lagi pelonggaran polisi untuk mencapai sasaran inflasi.

Tidak banyak data yang dijangka mempengaruhi pasaran pada minggu ini, melainkan data pertumbuhan ekonomi US yang akan dikeluarkan pada Jumaat. Data ini akan dikeluarkan serentak dengan satu lagi petunjuk ekonomi penting US iaitu ‘US durable goods‘.

Minggu lalu masih lagi dikuasai dengan sentimen Trump berikutan pelantikan rasmi beliau sebagai Presiden US yang baru. Harapan pasaran untuk mendapat isyarat jelas dalam ucapannya pada Jumaat tidak kesampaian dalam ucapan yang berdurasi 20 minit itu.

Pasaran masih lagi tidak mendapat isyarat jelas tentang polisi ekonomi beliau dan dijangka minggu ini kita akan mendapat serba sedikit gambaran terhadap polisi yang akan beliau laksanakan. Berikan tumpuan kepada komen dari menteri-menteri di bawah beliau sepanjang minggu ini.

Ekonomi Australia akan terus dipacu oleh permintaan dari China, berikutan Australia adalah pengeksport terbesar kuprum (copper) dan bijih besi (iron ore) ke negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Berikut merupakan news impak tinggi yang akan dikeluarkan oleh US dan Australia:

  • Komen dari Presiden Trump (Sepanjang Minggu)
  • Harga pengguna Australia : 25 Januari 2017 (Rabu, 8.30 pagi)
  • Inventori Minyak Mentah US : 25 Januari 2017 (Rabu, 11.00pm)
  • Data Tuntutan Pengangguran US : 26 Januari 2017 (Khamis, 9.30pm)
  • Data KDNK US : 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30pm)
  • Data Durable goods US: 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30 malam)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat