Sentimen & News Eur/Usd Pada Minggu Ke-Empat 2017

46

Eur/Usd pulih semula minggu lepas dari volatility (turun-naik) pada minggu sebelum itu yang merekodkan kenaikan empat minggu berturut-turut.

Pasangan matawang ini bergerak dalam keadaan volatility pada minggu kedua 2017 dan perlahan semula selepas sidang media Trump pada minggu tersebut. Jangkaan pergerakan besar pada sesi Jumaat tidak kesampaian dengan ucapan Presiden Trump yang kurang signifikan kepada pasaran dengan tiadanya komen tentang polisi fiskal secara spesifik.

Bacaan terkini harga pengguna US (US, CPI) minggu lalu menunjukkan kenaikan inflasi yang berterusan dengan data CPI tahunan naik 2.1%. Data ini menyokong kepada kenaikan kadar The Fed sebanyak tiga kali tahun ini.

Ucapan Yellen pada minggu lalu begitu ‘hawkish‘ yang menggambarkan keyakinannya kepada pengukuhan ekonomi US terutamanya dalam pasaran pekerjaan. Justeru itu, beliau mengatakan, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar kerana akan ada risiko inflasi yang tidak terkawal.

ECB dalam mesyuarat terbaru minggu lalu, mengekalkan polisi monetari semasa dengan Draghi masih mengekalkan nada ‘dovish‘ dalam komennya dalam sidang media. Beliau menyatakan, ECB akan melonggarkan lagi polisi jika perlu.

Bagi pasangan matawang Eur/Usd, pasaran akan menumpukan kepada ‘news‘ besar yang berikut:

  • Komen dari Presiden Trump (Sepanjang Minggu)
  • Ucapan Mario Draghi : 24 Januari 2017 (Selasa, 7.30am)
  • Iklim Perniagaan Jerman IFO : 25 Januari 2017 (Rabu, 5.00pm)
  • Inventori Minyak Mentah AS : 25 Januari 2017 (Rabu, 11.00pm)
  • Data Tuntutan Pengangguran AS : 26 Januari 2017 (Khamis, 9.30pm)
  • Data KDNK AS : 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30pm)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat